Monday, February 9, 2009

USIM Dengan Cerita peliknya .


SalamunAlaik...

Ok,sekarang ini aku nak berkongsi cerita dengan kamu semua tentang satu cerita pelik yang berlaku dekat USIM dan mungkin juga berlaku diUniversiti yang lain.Cerita ini baru sahaja aku dapat ilhamnya setelah pening kepala aku nak fikir apa cerita pelik yang ada dekat USIM.

Ceritanya ialah kenapa la student ni(half of them kot) suka sangat buat assignment last minute,termasuk la aku ni yang selalu sangat buat kerja last minute.Cerita pelik ni pun aku buat pukul 10 pagi iaitu didalam kelas Pn Adzrah yang tunggu masa sahaja nak tengok blog kita semua.

Awal-awal semester dulu ada la terfikir juga nak buat assignment awal-awal sikit iaitu kiranya nak berhijrah dari perangai yang suka buat kerja tangguh-tangguh kepada bersegera dalam sesuatu kerja.Dapat assignment terus buat,fuh mantap kalau aku dapat buat macam itu.Sebab aku bagitau cerita ini kerana ada la rakan-rakan aku yang buat assignment seperti aku termasuk la juga housemate aku,roomate,hostelmate(ada ke istilah ni) dan lain-lain.Setakat ini dulu aku bercerita tentang cerita pelik yang berlaku dekat USIM ,kelas dah nak start.Ok lets give marks together.

Apa pendapat kalian...

SalamunAlaik...

Bagaimana dengan blog aku setakat ini.Dah ok ke kalian tengok.Ataupun kena ada penambahan lagi.Kalau ada kalian tolonglah bagi komen.Untuk kesejahteraan bersama.Jutaan terima kasih aku hulurkan kepada kalian semua yang sudi memberi komen terhadap blog ini.

Sunday, February 8, 2009

Al-kisah Si Yahudi


SalamunAlaik…

Hari ni aku nak share cerita tentang si Yahudi dengan rakan-rakan yang sudi melayari blog aku yang tidak sebarapa ni.Cerita ini aku dapat dari satu sumber yang maybe kamu semua pernah tengok tapi tidak sempat nak baca.Aku harap dengan cerita ini dapat la kita semua mengetahui serba sedikit tentang si Yahudi ni dan kalau dah tahu pun baca la juga ek.Begini ceritanya tentang Si Yahudi yang banyak menyusahkan saudara kita dekat bumi Palestin ni.Kamu semua tahu tak yang si Yahudi hanya ada 14 juta di muka bumi ini, tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi ni lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam.

Siapakah mereka ni???

Inilah di antara kerabat2 Si Yahudi antaranya Albert Einstein iaitu saintis zaman moden paling terkemuka yang disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' , Sigmund Freud melalui teori id, ego dan super-ego iaitu bapa psikoanalisis juga seorang Yahudi.

Selain mereka ini,banyak lagi Si Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua.Walaupun kamu semua tak kenal mereka aku sebutkan juga namanya kot2 kalau ada orang tanya tentang mereka ini kamu semua boleh la bagi tahu serba sikit.Contohnya seperti Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B dan Paul Ehrlich yg menemui rawatan untuk siflis. Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama dan Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia) .Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Lepas itu, Si Yahudi ini juga banyak memenangi Hadiah Nobel antaranya Elie Metchnikoff untuk penyakit berjangkit dan Bernard Katz menang kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Kalian semua perasan tak,barang-barang branded dekat sekeliling kita yang kadang-kadang dan jarang-jarang kita beli pun Si Yahudi ini yang jadi taukenya.Macam Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS);Bush, Clinton dan Bush); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB).

Si Yahudi ni pun tersohor didalam dunia media yg mana jarang-jarang kita buka web mereka ini walaupun Pn Adzrah suruh kita sumua buka web itu untuk tengok macam mana mereka membuat online journalism.Yang tersohornya seperti Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Penyangak mata wang, George Soros iaitu orang yang menyebabkan ekonomi dunia jatuh pada tahun 1997 juga merupakan kerabat Si Yahudi. Dia ini menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas manakala Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Merka ni juga adalah anak-beranak Si Yahudi.

Seperkara lagi iaitu mengenai pelakon pujaan yang diminati ramai yang selalu muncul didalam filem & tv dekat rumah masing-masing seperti Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya kerabat Si Yahudi?

Tambahan pulak, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) semua sekali itu adalah cucu-cicit Si Yahudi.

Jadi,setakat ini dahulu aku cerita tentang kaum kerabat Si Yahudi ini,sekarang fikir la sendiri betapa sikitnya Si Yahudi ni tetapi begitu ramai yang bergantung kepada kerabat Si Yahudi ini termasuklah kita sendiri.Diorang telah berjaya membuatkan kita bergantung kepada mereka melalui barang-barang yang dicipta dan di miliki oleh mereka.Sekarang aku rasa kita patut bertindak dan berdikari tanpa bergantung kepada diorang lagi tapi bagaimana caranya.Sama-samalah kita renungkan.

Kenapa kita membuat blog?


SalamunAlaik...

Kepada yang melawat blog aku ni semoga dirahmati Allah Ta’ala sekalian.Hari ni aku nak berkongsi sedikit tentang kenapa sekarang ni kita semua membuat blog.Sebenarnya blog yang semua orang buat ini adalah merupakan satu wadah bagi kita semua menyampaikan ilmu dan dakwah kepada masyarakat.Blog ini juga boleh dijadikan tempat untuk meluahkan perasaan dan memberi komen tentang isu semasa.Insya Allah, kali ni aku nak bertanya kepada pencipta blog semua kenapa kita menjadi blogger khususnya kpd member2 aku yang mengambil course sama dengan aku iaitu Journalism.

1-Berblog untuk suka-suka
2-Kerana untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu
3-Kerana ingin melatih kemahiran menulis
4-Kerana Pn Adzrah dan untuk dapat high mark.
Walau apapun respon kamu semua,yang penting niat tu kenalah IKHLAS.Menulis bukan kerana NAK HIGH MARK je dan PROMOTE DIRI SENDIRI tetapi kerana ALLAH TA’ALA.So sini aku nak share sepotong hadith dengan kamu semua yang berkaitan pentingnya niat dalam sesuatu pekerjaan, di antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Sayyidina Umar Al-Khatab R.A bahawa Baginda Rasul bersabda:" Sesungguhnya amal-amal itu adalah berdasarkan dengan niat, dan bagi setiap orang itu apa yang diniatkan....".Sekarang tanyalah diri kamu sendiri untuk apa kamu semua buat blog ni.Setiap gerak kerja kita ni mestilah berpaksikan kepada landasan dan niat yang betul.Al-Quran dan Sunnah mestilah dijadikan penyuluh kepada kebenaran.Melalui blog, kita mampu untuk membetulkan kesalahan orang lain secara berhikmat dengan menggunakan kata-kata yang baik sesuai dengan firman Allah Ta’ala:" Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan secara hikmat dan peringatan yang baik...".Jangan pula kita jadikan blog medan untuk menfitnah dan mendedahkan keaiban orang lain.Jadi, tepuk dada tanya Iman di dalam diri masing-masing.Apa yang baik itu adalah daripada Allah jua manakala apa yang buruk itu daripada kelemahan diri aku yang dhoif ini.Wallahu ’Alam

Maaf dari Palestine...


Maafkan k
ami, Palestin
tika darah
mu dipaksa mengalir di bumi sendiri
dan kering disejat mentari
tulangmu bersepai dibedil serakah Zionis

jerit pekikmu bergema di dada langit
hilai tawamu ditelan bom dan fosfur putih

jiwa kami sedang berpadu dengan nafsu
bercinta dengan dunia sambil beramal
pohon
restu untuk bahagia nanti.
Maafkan kami, Palestin
andai pecah peti suaramu memanggil nama Tuhan
putus salur darahmu berkorban demi Tuhan

kami juga sedang berperang
dengan nafsu yang lebih besar dari jihadmu,
Palestin.
Maafkan kami, Palestin

perang kita berbeza
medan
kami sibuk berasak di sini
dikau digasak sana sini

Bila hanya doa mampu dihantar pengganti
kami;
senjata
terkuat kita hantarkan kembali
doa,
buat kita berjaya
bersama
Maaf dari Palestin.

Wednesday, February 4, 2009

Bantu kami,Tolong kami...


SalamunAlaik...

Penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin yang dicengkam kezaliman rejim Zionis Israel terus mendapat simpati rakyat Malaysia.
Itulah yang kita harapkan.Kita sebagai seorang muslim memang sepatutnya membantu saudara kita di Gaza.Di mana perasaan dan simpati apabila kita melihat saudara kita hidup dalam ketakutan dan kesedihan kehilangan orang tersayang.
Semalam menurut Utusan,RM3,174 diperoleh lagi melalui sumbangan oleh pelajar-pelajar Maahad As Sofa dan ahli Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) yang dikutip sejak seminggu lalu melalui program diadakan di Kompleks YSNS.

Walaupun bantuan yang kita hulurkan hanyalah sedikit tetapi besar ertinya bagi saudara kita di Gaza.Biarlah sedikit daripada tidak membantu apa-apapun.

Saturday, January 24, 2009

first time aku buat blog........

SalamunAlaik.....Percubaan pertama aku dalam menulis blog.Apa pendapat kalian dengan blog aku ni,boleh di pakai tak.