Sunday, February 8, 2009

Kenapa kita membuat blog?


SalamunAlaik...

Kepada yang melawat blog aku ni semoga dirahmati Allah Ta’ala sekalian.Hari ni aku nak berkongsi sedikit tentang kenapa sekarang ni kita semua membuat blog.Sebenarnya blog yang semua orang buat ini adalah merupakan satu wadah bagi kita semua menyampaikan ilmu dan dakwah kepada masyarakat.Blog ini juga boleh dijadikan tempat untuk meluahkan perasaan dan memberi komen tentang isu semasa.Insya Allah, kali ni aku nak bertanya kepada pencipta blog semua kenapa kita menjadi blogger khususnya kpd member2 aku yang mengambil course sama dengan aku iaitu Journalism.

1-Berblog untuk suka-suka
2-Kerana untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu
3-Kerana ingin melatih kemahiran menulis
4-Kerana Pn Adzrah dan untuk dapat high mark.
Walau apapun respon kamu semua,yang penting niat tu kenalah IKHLAS.Menulis bukan kerana NAK HIGH MARK je dan PROMOTE DIRI SENDIRI tetapi kerana ALLAH TA’ALA.So sini aku nak share sepotong hadith dengan kamu semua yang berkaitan pentingnya niat dalam sesuatu pekerjaan, di antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Sayyidina Umar Al-Khatab R.A bahawa Baginda Rasul bersabda:" Sesungguhnya amal-amal itu adalah berdasarkan dengan niat, dan bagi setiap orang itu apa yang diniatkan....".Sekarang tanyalah diri kamu sendiri untuk apa kamu semua buat blog ni.Setiap gerak kerja kita ni mestilah berpaksikan kepada landasan dan niat yang betul.Al-Quran dan Sunnah mestilah dijadikan penyuluh kepada kebenaran.Melalui blog, kita mampu untuk membetulkan kesalahan orang lain secara berhikmat dengan menggunakan kata-kata yang baik sesuai dengan firman Allah Ta’ala:" Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan secara hikmat dan peringatan yang baik...".Jangan pula kita jadikan blog medan untuk menfitnah dan mendedahkan keaiban orang lain.Jadi, tepuk dada tanya Iman di dalam diri masing-masing.Apa yang baik itu adalah daripada Allah jua manakala apa yang buruk itu daripada kelemahan diri aku yang dhoif ini.Wallahu ’Alam

1 comment:

  1. Tapi kito wat blog ni sebab nak kena submit n nak dapat markah..

    ReplyDelete